Kediaman – Sentuhan Kontemporari Sejati Residence
Perabot reka bentuk kontemporari dipilih sendiri oleh pemilik berpandukan lakaran konsep rekaan Mamyhome. “Ini adalah faktor utama mengapa saya selesa bekerjasama dengan Mamyhome kerana mereka memberi kebebasan dan pilihan lain kepada pemilik kediaman untuk memilih dalam masa sama memahami kehendak kami. Corak kerja yang telus, memudahkan urusan bermula dari lakaran kasar 3D sehinggalah peringkat akhir, saya langsung tidak berasa terpinggir,” kata pemilik yang berminat untuk bekerja dengan Mamyhome setelah melihat hasil kerja Mamyhome di rumah contoh Avanti Residences.
KEMASAN KAYU & AKSESORI KEEMASAN
Binaan panel dinding berskala tinggi di ruang tamu menggunakan material kayu jenis timber mencipta titik fokal yang memberi impak terkesan. “Cabaran reka bentuk kediaman ini tentunya daripada panel dinding tinggi ini. Selain mahu mencipta titik fokal, pemilik menyatakan kemahuan penggunaan material kayu. Lantas, saya mengambil idea itu untuk digunakan pada binaan panel dinding dan bukan pada material perabot. Susunan cermin di antara susunan kayu membias pantulan cahaya siang dan lampu di malam hari untuk impak dramatik elegan pada ruang,” kata Amin lagi.