Kediaman – Simbiosis Alam
Elemen hijau suntik aura harmoni
Laman di aras bumbung diperindah dengan flora Sedum, yang secara tidak langsung mampu mengurangkan impak terhadap alam sekitar serta menambah kepada penggunaan tenaga yang efisien buat vila ini. Bertemankan panorama alam sekeliling yang begitu menghijau, kediaman ini sebenarnya dipenuhi aneka jenis bungaan kecil berbeza jenis. Di sepanjang tangga di luar kediaman ini yang menghubungkannya ke ruang tamu ditempatkan beberapa kotak yang diperbuat daripada Corten khusus untuk penanaman pepohon, dedaun rimbun juga lavender untuk memberikan laman kediaman ini olfaktori yang bagus juga rangsangan pada tetamunya. Ruang laman ini disempurnakan oleh Roagna Vivai.
0 Comments