Kediaman – Terjemahan Seni Moden – Page 2 – Glam Malaysia

Kediaman – Terjemahan Seni Moden

PERINCIAN SENI BINA

Untuk melengkapkan ciri-ciri ruang berkonsep terbuka melalui binaan pintu kaca dan rak terbuka, Chris mencipta binaan tangga “skeletal”. Ia diperbuat daripada gabungan logam dan papan kayu, dan direka untuk mengundang pengaliran udara yang baik ke dalam ruang. Selain itu, penggunaan bahan logam menjadi elemen yang kuat untuk gaya lebih sleek namun kukuh dan tahan lama.