Kediaman – Terjemahan Seni Moden – Page 3 – Glam Malaysia

Kediaman – Terjemahan Seni Moden

BINAAN RUANG

Untuk penampilan ruang dapur kering yang tidak konvensional, Chris memperkenalkan keluarga itu kepada Wind, dari jenama Itali – Rimadesio, sebuah rak buku terbuka yang lepas bebas. “Pemilik ingin lari dari suasana yang sesak dan terkepung, dan jenama ini menepati gaya hidup mereka,” jelas Chris. Silhouettes unik daripada penggunaan jubin marmar hitam di kamar bersiap (powder room) ini memberi impresi yang memukau. Penggunaan lampu gantung dari Artemide Cosmic Leaf, dan sinki dari Ferrara mencipta paduan cukup sempurna.