Libur – 6 Perkara Perlu Cuba di Brunei – Page 6 – Glam Malaysia

Libur – 6 Perkara Perlu Cuba di Brunei

 

6. Afternoon Tea di Hotel Empire & Country Club Resort

 

Menjelang senja, kami menuju ke Hotel Empire & Country Club. Resort persisiran pantai  indah terbina menghadap lautan China Selatan. Saya bersiar-siar di sekitar resort melihat restoran di tepian pantai, Pantai, Spaghettini untuk yang mahukan rasa autentik Itali atau Atrium Café untuk seleksi menu lokal dan antarabangsa. Mengakhiri hari, saya menikmati hidangan minum petang ala Inggeris Lobby Lounge sambil melihat matahari jatuh di bawah bentangan laut membiru.

 

 

 

Bagi yang ingin ke Brunei, Air Asia menawarkan penerbangan sebanyak dua kali sehari dari Kuala Lumpur yakni seawal 6.35 pagi dan 1.20 petang. Manakala, penerbangan Brunei menuju ke Kuala Lumpur juga sebanyak dua kali sehari bermula dari 9.30 pagi dan 4.10 petang.