Libur – Destinasi Kembara Yang Perlu Dilawati
Owl and the Pussycat, Galle, Sri Lanka
Jika India berada di dalam senarai destinasi impian, butik hotel di pinggiran lautan Hindi ini patut anda diami. Dalam gaya super-chic, limpahan warna terang simbol sejati masyarakat penuh warna India, mainan tekstur dan fabrik bermutu; menjadi denyutan nadi Owl and the Pussycat. Memiliki 16 suite berkonsepkan lapang dan terbuka, renjisan tata gaya Maghribi juga jelas kelihatan di segenap ruang hotel. Lampiran panel dinding inspirasi Maghribi, fabrik linen dari kepulauan Greek menyambut selesa kedatangan tetamu. Pengalaman kulinari disempurnakan ketua chef, Anthony D’Costa, menerusi menu fusion enak. Apabila menginap di sini, anda boleh menaiki tuk-tuk untuk melihat-lihat bandar tertua, Galle atau menyelusuri pantai Unawatuna.
Tarikan : Keindahan pantai dan fabrik bermutu India seperti sari dan linen.