5 Pencakar Langit Masa Hadapan
JEDDAH TOWER, JEDDAH, ARAB SAUDI
KETINGGIAN : 3, 281 KAKI / 1000 METER
KEDUDUKAN GLOBAL : 2
ARKITEK : ADRIAN SMITH, FAIA
DIJANGKA SIAP : 2024
Jeddah Tower sebelum ini dikenali sebagai Menara Kingdom merupakan bangunan pencakar langit dalam pembinaan di Jeddah, Arab Saudi, dengan kos awal SR4.6 bilion (USD1.23 bilion). Dijangka siap pada tahun 2024, Tower Jeddah bakal diangkat sebagai bangunan tertinggi di dunia, dan juga struktur yang pertama untuk mencapai tanda satu kilometer tinggi. Fasa pertama menelan kos SR75 bilion (USD20 bilion) dengan reka bentuk pembangunan dikenali sebagai Bandar Ekonomi Jeddah yang akan ditempatkan di sepanjang Laut Merah di bahagian utara. Pembinaan Jeddah Tower dilihat membawa perubahan besar dari segi pembangunan dan pelancongan bandar Jeddah, yang dianggap bandar raya paling liberal di Arab Saudi.