5 Pencakar Langit Masa Hadapan
WUHAN GREENLAND CENTER, CHINA
KETINGGIAN : 2, 078 KAKI / 636 METER
KEDUDUKAN GLOBAL : 9
ARKITEK : ADRIAN SMITH + GORDON GILL ARCHITECTURE
DIJANGKA SIAP : 2020
Satu lagi projek yang direka dan diselia oleh firma Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, di lokasi sentral China menawarkan seni bina unik, direka berbentuk melengkung, menyerupai tripod yang membentuk kubah untuk mengurangkan rintangan angin. Wuhan Greenland Centre yang sedang dibina, direka dengan ketinggian lantai 125 tingkat, mencecah 636 meter tinggi (2,087 kaki), di Wuhan, China. Adrian Smith dan Gordon Gill Arkitek bersama kumpulan jurutera dari Thornton Tomasetti Engineers bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyiapkan projek ini setelah memenangi pertandingan reka bentuk untuk Greenland Group. Menariknya, elemen reka bentuk bangunan ini menampilkan ciri-ciri penjimatan tenaga dan dijangka akan menjadi bangunan tertinggi di China, mengatasi Menara Shanghai. Namun pada ogos 2017 pembinaan terhenti pada tingkat 96 kerana airspace regulations, ia akan direka semula supaya ketinggiannya tidak melebihi 500 meter di atas paras laut.