Menu Sihat – Resipi Kuskus bersama Salmon
Gambar : Jabir Suhirlan (Shutter Studio) Arahan Seni : Afiq Khairudin
Kuskus bersama Salmon
521 kalori, 40 gm karbohidrat, 9 gm lemak, 24 gm protein
Bahan – bahan
100 gm filet salmon
40 gm kuskus
2 sudu besar minyak zaitun
15 gm bawang besar dipotong dadu
15 gm lada benggala dipotong dadu
15 gm tomato dipotong dadu
15 gm brokoli
¼ bahagian avocado
½ sudu kecil lada hitam
Cara menyediakan
-
- Perap salmon bersama lada hitam, liquid aminos dan minyak zaitun.
- Panaskan kuali dan goreng salmon bermula di bahagian kulit.
- Kemudian, rebus kuskus dan perasakan bersama liquid aminos dan oregano kering.
- Tumis lada benggala, bawang besar, bawang putih, brokoli dan tomato.
- Letakkan kuskus di dalam pinggan dan salmon di atas kuskus.
- Taburkan sayur-sayuran yang telah ditumis tadi di atas salmon.
Resipi : Eat with Mune
1 Comment