Resipi Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri
Teks: Nadia Zolkifli
Penyelaras, Konsep, Arahan Seni & Penata Gaya: Afiq Khairudin
Gambar: Wan Izhar (One Digital Solution)
Panna Cotta Yogurt Greek Bersama Feuillet Beri oleh Firdaus Hanan
Bahan-bahan
2 ΒΌ sudu gelatin tidak berperisa
2 sudu besar air sejuk
1 cawan krim padu (heavy cream)
1/3 cawan gula
1 batang vanilla diambil biji
2 cawan yogurt Greek (boleh gunakan jenama Fage Total)
Strawberi dan beri
Cara menyediakan
- Taburkan gelatin ke dalam periuk berisi air sejuk. Biarkan sehingga gelatin lembut selama lima minit.
- Masak krim, gula bersama biji vanilla di dalam periuk sehingga mendidih. Alih periuk dari api, kemudian, masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin cair.
- Di dalam mangkuk lain, pukul yogurt sehingga gebu. Perlahan-lahan masukkan krim vanilla tadi.
- Tuang adunan ke dalam enam cawan ramekins (memenuhi setengah acuan) dan biarkan di dalam peti sejuk selama tiga jam atau sehingga adunan mengeras.
- Keluarkan panna cotta dari ramekin menggunakan pisau. Goyangkan ramekin untuk melonggarkan panna cotta.
- Hidangkan bersama buah strawberi dan beri.
0 Comments