Pilihan Skema Warna Sesuai Untuk Kediaman
Roda Warna
Matlamat pemilihan warna untuk kediaman adalah bagi mewujudkan rasa harmoni dan kesejahteraan sebaik melangkah masuk. Kenal dan selidik sebaik mungkin roda warna agar tidak tersilap membuat pilihan. Warna terang, panas atau neon boleh diguna pakai tetapi tidak buat keseluruhan panel dinding satu-satu ruang. Ramai yang masih beranggapan warna gelap atau kelam mencipta ilusi sempit, tetapi sebenarnya silap! Kelabu, biru nilam dan hitam membantu memperluaskan dimensi ruang sempit dan memudahkan penghuni menyuai padan aksesori dengan rona bertentangan.
Tip – Gunakan kertas warna cat sampel yang lebih besar (saiz kertas A4) berbanding yang kecil pada dinding untuk melihat sebaran warna lebih menyeluruh dan tepat.
0 Comments