Cenderamata Istimewa Royal Selangor – Page 8 – Glam Malaysia

Cenderamata Istimewa Royal Selangor

Timeless Accents

 

Sentuhan gaya klasik yang memberi suasana sofistikated tidak pernah pudar dari arus trend dunia dekorasi. Malah, mudah digayakan dengan apa jua hiasan dan aksesori tradisional mahupun kontemporari.

 

Aksesori kaki lilin dari koleksi Crystalline yang memiliki struktur kaki kekisi elegan dan permukaan piuter yang licin dan berkilau boleh diatur sebagai centrepiece di meja makan.