Resipi Kek Keju Blueberry – Upstairs Café, Subang
Teks & Penyelaras : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Bahan – bahan :
Kerak kek
1 cawan biskut gandum berserat dihancurkan
2 sudu besar mentega tanpa garam
½ cawan gula perang
½ cawan kacang walnut dipotong kecil
Kek Keju
350 gm krim keju Philadelphia dilembutkan
2/3 cawan gula aising
2 sudu besar ekstrak vanila
3 cawan krim putar
4 sudu kecil gelatin tanpa perisa
¼ cawan air panas
½ cawan puri beri biru
Cara menyediakan :
Kerak Kek
- Kisar biskut gandum berserat, mentega, gula perang dan kacang walnut sehingga adunan memejal dan mudah dibentuk.
- Masukkan adunan ke dalam dulang kek dan biarkan sejuk di dalam peti sejuk.
Kek Keju
- Pukul krim keju bersama gula dan ekstrak vanilla sehingga sebati menggunakan tangan atau pemukul tangan elektronik.
- Cairkan gelatin ke dalam air panas dan biarkan sejuk seketika. Boleh juga gunakan gelatin kering.
- Apabila gelatin sejuk, masukkan ke dalam adunan keju dan pukul sehingga adunan mengembang dan gebu.
- Kemudian, masukkan krim putar dan kacau sehingga mesra.
- Tuangkan adunan keju ke atas dulang kek tadi.
0 Comments