#StayHomeWithGD – Resipi Tagine Ayam Morocco dari Dr. Ezani Farhana
Gambar : Wan Izhar (One Digital Solution)
Tagine Ayam Morocco
Bahan – bahan :
1 ekor ayam dipotong
4 sudu besar minyak masak
2 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
1 sudu besar biji lada hitam
2 biji bawang besar dihiris kasar
4 ulas bawang putis dihiris kasar
3 batang cili merah besar dibelah dua
5 sudu teh serbuk kayu manis
4 sudu teh serbuk halia
3 biji tomato dipotong kasar
4 cawan air
1 cawan buah prun kering dibelah dua
½ cawan buah aprikot kering dibelah dua
½ cawan madu
½ biji labu dipotong kiub
Garam dan lada hitam secukup rasa
Daun ketumbar
Badam yg sudah dibakar/digoreng
Cara menyediakan :
- Panaskan minyak masak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan biji lada hitam sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah. Tumis lagi sehingga kekuningan.
- Masukkan serbuk kulit manis dan serbuk halia. Tumis sehingga campuran menjadi likat dan pekat. Masukkan sedikit air jika terlalu kering. Masukkan tomato dan terus kacau.
- Masukkan air. Biar mendidih seketika. Tambah madu dan garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan ayam, buah-buahan kering dan labu. Masak hingga mendidih, kemudian kecilkan api, dan biarkan mereneh dengan api perlahan selama 30 minit.
- Hias bersama taburan daun ketumbar, hirisan badam dan lebihan buah prun dan apricot.
2 Comments