Ruang – Cara Mudah Ubah Suai Dapur
[tps_header]Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dapur adalah jantung rumah anda. Ia boleh menjadi ruangan dengan pelbagai fungsi sama ada persiapan memasak, menjadi titik pertemuan perjumpaan keluarga serta ruang yang selesa untuk menjamu tetamu yang hadir ke rumah. Jika anda mencari langkah mudah untuk mengubah suai dapur, Cosentino berkongsi tip untuk mendapatkan rupa baru untuk dapur anda.[/tps_header]
Tambah Sentuhan Alam
Ramai yang lupa tentang alam semula jadi apabila mengubah hiasan dalaman pada kediaman. Tanpa kehijauan, kediaman akan menjadi sedikit suram terutamanya di ruangan dapur yang memerlukan fresh hint of wildness. Pasu kaca minimalis yang dipenuhi bunga-bunga segar mampu memberikan perbezaan besar di kediaman anda. Cukup dengan hanya meletakkan pokok lidah buaya, parsley atau basil di penjuru kaunter dapur dan akan segera melihat perubahan suasana menjadi lebih baik.