Ruang – Cipta Zon Peribadi
KLASIK KONTEMPORARI
Sedikit maskulin dengan mainan warna-warna kelam; biru navy, kelabu gelap atau hitam. Pilihan perabot juga berasaskan kayu padu gelap. Material tahan lasak seperti kulit, linen dan wool mendominasi.
Kunci Gaya Klasik Kontemporari
- Penggunaan meja sisi boleh digantikan dengan almari konsol bagi reka pelan ruang terhad.
- Aturkan reka bentuk otomen dibaluti material kulit di bahagian kaki katil buat menyempurnakan gaya keseluruhan.
- Reka bentuk katil daripada bahan kayu padu gelap sering digunakan pakai untuk wajah dekor gaya ini berbanding kepala katil (headboard).
- Susun atur koleksi fotografik hitam dan putih dalam bingkai metal di dinding kepala katil menyerlahkan gaya keseluruhan.
0 Comments