Ruang – Fashion Up Your Spaces!
Bilik Tidur
Santuari buat melepaskan segala lelah dan resah, kamar beradu perlu diberi sentuhan elegan, cosy dalam masa sama cukup empuk selesa untuk mengulit mimpi. Jika mempunyai masa yang terhad, pilih konsep penataan yang minimal agar mudah dikendalikan. Mainan fabrik, motif dan tekstur menerusi susun atur bantal, kusyen dan lapisan gebar selimut menjelmakan imej kamar beradu mewah kontemporari.
Langsir
Pilih jenis black-out curtain yang menapis sepenuhnya kemasukkan cahaya matahari di kamar beradu. Fabrik baldu berat, kapas adalah pilihan ideal. Fabrik linen atau organza boleh digunakan sebagai lapisan langsir siang.
0 Comments