Ruang – Fashion Up Your Spaces! – Page 4 – Glam Malaysia

Ruang – Fashion Up Your Spaces!

Mini Oasis

Meskipun kecil terpencil, jangan sesekali mengabaikan gaya di ruang ini. Selain bersih dan kering, konsep penataan yang praktikal dan tahan lasak seiring aktiviti penggunaan amat wajar. Bahan organik yakni simen mentah, jubin batu tiruan, buluh dalam simetri lurus menebar suasana kamar kecil moden malar segar. Mudah diselenggarakan dan tidak lapuk dimamah zaman, menjadikan bahan organik trend yang kekal sepanjang tahun kebelakangan ini.