Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman
STORAN SISTEMATIK
Bina sistem unit penyimpanan secukupnya meliputi kabinet, rak untuk menyimpan segala jenis stok kelengkapan kamar mandi, tuala dan ubat-ubatan. Sediakan bakul rotan berhampiran pintu kamar mandi untuk susun atur segala jenis tuala mengatasi masalah ruang lantai terhad. Rak berpara terbuka sesuai untuk susun atur sabun, diffuser wangian, tuala muka dan tangan. Binaan kabinet bawah sinki digunakan untuk simpanan detergen pembersih dan berus basuh baju. Pilih bekas sabun bertutup agar sabun tidak kelihatan comot dan mengelakkan air bertakung. Gunakan bekas sabun, berus gigi dari bahan semul ajadi seperti kayu atau konkrit.

Kabinet kayu cerah dengan tombol material sama dilapisi permukaan jubin marmar.
0 Comments