Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman – Page 4 – Glam Malaysia

Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman

KUALITI BERMUTU

Tidak dinafikan, kualiti dalam pilihan aksesori dan kemasan kamar mandi termasuk paip, pancuran, tab mandi, sinki dan basin mandi memberi impak dalam kualiti mandian sehari-hari. Teknologi tertinggi seiring estetika reka bentuk terkini menjamin penghuni mendapatkan kualiti mandian optimum. Aliran air yang mengalir melalui cerowong kepala paip dan pancuran mandi bagaikan urutan semula jadi apabila mengenai tubuh. Teknologi bunyi juga tidak boleh diabaikan di kamar mandi.

Monokrom hitam dan putih dilestarikan menerusi susuna corak jubin chevron.