Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman
CAHAYA SEMULA JADI
Pastikan reka pelan kamar mandi memiliki binaan panel tetingkap yang cukup. Selain, berfungsi sebagai sistem pengudaraan, tetingkap jenis kaca telus memberi laluan mudah buat cahaya matahari masuk. Limpahan cahaya matahari di ruang mandi tidak hanya mengoptimumkan visual pandangan, malah bertindak membasmi kuman menerusi sinar UV. Lantai kamar mandi juga cepat kering; mengurangkan kemalangan di kamar mandi. Binaan panel tetingkap labuh berkaca telus dengan bingkai hitam untuk gaya minimalis. Pasangkan bidai atau pokok bersaiz besar agar privasi kekal terjaga. Saiz ruang terhad – boleh cuba siling lut sinar (skylight) atau pasangkan pencahayaan seperti candelier kristal bersaiz labuh.

Sistem pencahayaan lampu dinding dipasang di bahagian belakang cermin bersolek untuk efek dramatik.