Ruang – Idea Oasis Peribadi Kediaman
SENSASI SEGAR
Kamar mandi akan menghasilkan bauan mendap dan hapak kerana sistem pengudaraan yang tidak lancar dan sentiasa berkeadaan basah. Hapuskan bauan tidak enak dengan apungan aroma alam. Ekstrak wangian pilihan tentunya bernota sitrus, musky dan herba kuat seperti bunga melur, ylang-ylang, lemon, cedarwood dan sandalwood. Apungan esen wangian boleh dilakukan menerusi diffuser tanpa elektrik. Elakkan penggunaan lilin wangi kerana akan merosakkan permukaan jubin dek kepulan jelaga hitam.
0 Comments