Ruang – Inspirasi Oasis Kehijauan – Page 4 – Glam Malaysia

Ruang – Inspirasi Oasis Kehijauan

Taman Dapur

Praktikal untuk gaya hidup sihat. Tidak perlu mendedikasikan satu-satu pojok tertentu hanya untuk memiliki taman dapur impian.  Jika tidak cukup ruang, rak berpara sudah memadai. Rosemary, Thyme, daun selasih, daun sup, bawang merah, bayam dan sawi antara yang sesuai ditanam di taman dapur. Jika tidak mahu berkecah dengan tanah dan baja, botol kaca jernih berisi air separuh sudah memadai untuk menghidupkan putik tanaman.