Ruang – Maksima Ruang Kediaman – Page 3 – Glam Malaysia

Ruang – Maksima Ruang Kediaman

Santai Kamar Beradu 

Membiarkan kamar beradu tidak teratur merupakan antara kekurangan dalam penataan ruang kediaman. Biarpun ruang ini dikira sebagai ruang peribadi, kekemasan penting untuk kesejahteraan pasangan mahupun buat si anak yang sedang membesar. Ruang yang memiliki penyimpanan sempurna menjadikan segala kelengkapan dan peralatan tersusun rapi dan mudah dicari saat diperlukan.