Ruang – Pilihan Kuasa Warna Untuk Kediaman – Page 2 – Glam Malaysia

Ruang – Pilihan Kuasa Warna Untuk Kediaman

SEMANGAT PENGEMBARA

Spektrum palet The Wanderer atau si pengembara tergolong dalam warna tanah diselangi percikan biru mendalam. Merah tanah liat, coklat gelap (kayu oak), coklat karamel dan oren dilihat mampu mencipta paduan serasi mencipta satu ruang di kediaman yang selesa dan bersifat homey. Pemilihan fabrik bercetak geometri atau etnik Afrika melengkapkan rupa yang ingin dibina. Fabrik linen dan kapas sebagai alas kusyen, kemasan sofa dan langsir pilihan ideal.

“Merah terra cotta, coklat karamel, cengkih dan oren terang membias peribadi berani.