Ruang – Pilihan Permaidani Buat Ruang Kediaman – Page 2 – Glam Malaysia

Ruang – Pilihan Permaidani Buat Ruang Kediaman

RUANG TAMU

Kebiasaannya, ruang tamu sudah dilapisi permukaan lantai yang indah; jubin atau kayu. Permaidani bersaiz kecil sudah memadai agar segala ira dan reka bentuk jubin di lantai tadi turut sama menyerlah. Pilih permaidani jenis wool pile cut, ekoran kadar trafik yang tinggi di ruang ini. Fabrik jenis ini mudah dibersihkan, kurang berbulu daripada sutera, kapas atau nilon. Pilih warna bertentangan warna latar atau sarat corak; abstrak, geometri atau floral untuk gaya statement.