Ruang – Tip Penting Bina Dapur Kediaman – Page 6 – Glam Malaysia

Ruang – Tip Penting Bina Dapur Kediaman

Jangan takut menambah warna pada dapur anda

Apabila menghias dapur, sangat sukar untuk menukar warna dinding putih kepada warna lain tetapi tidak salah untuk mencuba warna pop untuk memberikan personaliti yang berlainan pada ruang penting ini. Salah satu cara ialah menyuntik warna terkini seperti matte black. Anda juga boleh mempertimbangkan aksesori dapur yang berwarna. Bukan itu sahaja kabinet dapur juga boleh menjadi tumpuan apabila anda memilih warna yang sepadan dengan gaya anda.