Ruang – Top List Dapur Sempurna – Page 3 – Glam Malaysia

Ruang – Top List Dapur Sempurna

Corak Kerja Tiga Segi

Corak kerja tiga segi mengambil aliran kerja selancar di tiga unit utama dapur; tempat memasak, sinki dan peti sejuk. Setiap unit ini perlu dibina berdekatan; sewajarnya tidak melebihi lima langkah kaki. Kegunaan tangan kanan atau kidal juga perlu diambil kira. Buat pengguna tangan kanan; ruang kaunter, tempat memasak dan ruang mencuci perlu dibina dari kiri ke kanan. Manakala, sebaliknya buat pengguna kidal.

Tip : Pastikan sinki berada berdekatan panel tetingkap. Ini membantu limpahan cahaya semulajadi di segenap ruang dan aliran udara efisien.