Ruang – Top List Dapur Sempurna
Storan Sistematik
Ini adalah masalah biasa dapur orang Malaysia. Ruang kaunter dapur dipenuhi segala macam benda seperti bekas minuman, cawan, gelas walhal anda telah membina kabinet dapur bersekali sistem unit penyimpanan. Ini terjadi kerana perancangan tidak tepat dan tidak memahami corak kerja penghuni. Bina kabinet berlaci bersebelahan dapur memasak agar anda mudah mencapai rempah ratus, bahan perasa dan aneka sos pada satu rak atau laci. Pastikan juga anda mengambil kira binaan rak berpara terbuka dan jejaring besi untuk menggantung kuali atau periuk yang selalu digunakan. Pastikan tidak meletakkan barang-barang berat dan berkaca di rak paling atas kerana dikhuatiri roboh.
Tip : Letakkan jag, cawan, gelas berkaki pada satu ruang simpanan kabinet berpintu kaca telus untuk memberi impak elegan bergaya.