Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa – Page 2 – Glam Malaysia

Sajian – Aneka Pastri Dan Kek Menawan Jamu Mata Dan Rasa

Choux Pastry

Bahan-bahan

200 ml susu

200 ml air

5 gm garam

5 gm gula

180 gm mentega tanpa garam

220 gm tepung diayak

300 gm telur dipukul

Cara menyediakan

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 250 darjah celsius.
  2. Panaskana susu, air, garam, gula dan mentega di dalam periuk sehingga mendidih.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Padamkan api. Kacau adunan menggunakan senduk kayu sehingga adunan mengering dan tidak melekat pada periuk.
  4. Masukkan adunan ke dalam mangkuk pemukul. Pukul adunan pada kelajuan perlahan.
  5. Kemudian, masukkan telur sedikit demi sedikit (4 kali tuang). Pukul adunan sehingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam beg paip. Paip adunan choux berukuran 6 sm bulat di atas dulang pembakar dilapisi kertas minyak.
  7. Masukkan pastri choux ke dalam ketuhar. Tutup pintu ketuhar dan padamkan api ketuhar. Mulakan masa selama 17 minit.
  8. Selepas 17 minit, panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celsius. Biarkan pintu ketuhar terbuka sedikit. Bakar choux selama 15 minit atau sehingga keperangan.
  9. Biarkan choux sejuk seketika. Potong bahagian atas choux.
  10. Paipkan inti kastard kacang hazel di dalamnya. Taburkan kacang hazel di atas. Kemudian, paipkan krim putar. Drizzle nutella di atas krim.
  11. Tutup choux semula dan taburkan lagi kacang hazel di atas krim.