Sajian – Gabungan Barat Dan Tempatan di Rimba & Rusa
[tps_header]Rimba & Rusa berada di bawah naungan Wondermilk, membawakan pengalaman gastronomi bergaya kasual santai. Kafe dibina berpaksikan material kayu dan besi dikepung kehijauan dedaun semula jadi perlambangan di sebalik nama Rimba. Dominasi warna putih dan biru tiffany menghidupkan unsur budaya pop fantasi. Di Rimba & Rusa, pengunjung dapat merasai hidangan menu moden Barat dan tempatan bermula dari sarapan, makan tengahari dan makan malam yang direnjis gabungan rasa Itali, Mediteranean dan Asia. Menu harus cuba Avocado Feta Toast, Soft Shell Crab Linguine, Rimba Salmon Assam Pedas dan pizza Sweet Potato. Rimba & Rusa beroperasi setiap hari di D-GF-01 Block D, Sunway Nexis. ilovewondermilk.com[/tps_header]
Pasta Udang Telur Masin
Bahan – bahan
50 gm marjerin
30 gm cili padi
30 gm bawang putih dicincang
30 gm daun kari
50 gm telur masin
90 gm pasta spaghetti
3 ekor udang harimau dipanggang separuh masak
4 oz susu cair
30 gm keju Parmesan parut
Garam secukup rasa
Cara menyediakan
- Tumis marjerin bersama bawang putih, cili padi dan daun kari.
- Masukkan susu cair, telur masin dan udang harimau.
- Kemudian masukkan pasta dan kacau sehingga sebati.