Sajian – Seleksi Menu Tempatan Fusion Untuk Hi-Tea
Cucur Pusuk (Ikan Bilis)
Bahan – bahan
#½ cawan ikan bilis
#1 cawan tepung gandum
#1 biji cili merah dihiris
#½ batang lobak merah disagat
#1 batang daun ketumbar
#¾ cawan air
#Garam dan lada secukup rasa
#Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan
- Campurkan tepung bersama air dan gaul sehingga sebati.
- Masukkan ikan bilis, cili padi, lobak merah, daun ketumbar, garam dan sedikit lada. Gaul adunan cucur sehingga rata.
- Panaskan minyak. Goreng cucur sehingga keperangan atau masak.
Penyelaras & Teks : Nadia Zolkifli
Arahan Seni : Afiq Khairudin
Gambar : Patrick Chan
0 Comments