Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel – Page 2 – Glam Malaysia

Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel

 

TERAPIKAN ELEMEN HIJAU

Hijau kini ibarat satu trend, dan sangat ideal dihadirkan di kamar peribadi. Bina rak dinding, atau tempatkan di sekitar permukaan sinki. Untuk merasai suasana estetika alam yang sebenar, hadirkan tumbuhan hijau di sekeliling tab mandi untuk mencipta rasa tenang saat berehat pada penghujung hari yang panjang. Apa sahaja yang dipilih dan di mana sahaja anda meletakkannya, perlu tahu bahawa spesis tumbuhan tertentu berfungsi dengan baik di kamar peribadi tertentu sementara yang lain tidak.

Antara spesis tumbuhan yang sesuai menempati kamar peribadi, antaranya aloe vera, orkid, pothos, succulent, buluh, ivy, dan philodendron. Pilih tumbuhan ini mengikut nilai estetika peribadi anda; buluh akan berfungsi hebat dengan kamar mandi berkonsep onsen-style yang tenang, sementara orkid sesuai untuk ruang yang diilhamkan dengan gaya ala-Manhattan.