Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel – Page 5 – Glam Malaysia

Santuari Kamar Peribadi Gaya Hotel

 

 

MELABUR BAHAN BERKUALITI

Tidak dinafikan bahawa kualiti adalah kunci dalam membina kamar peribadi ala-hotel yang sempurna di rumah. Untuk tujuan ini, anda pasti mahu melabur dalam kelengkapan hotel yang berkualiti; bukan sahaja seleksi kemasan bergilap, malah tahan lebih lama dan lebih selamat digunakan.

Perkara yang sama juga berlaku untuk semua teknologi dan peralatan yang menempati kamar peribadi anda! Dari seleksi pemanas air sehinggalah alunan muzik pilihan, pastikan ia dilengkapi dengan ciri keselamatan yang maksimum, dan paling penting menepati gaya dan ambien keseluruhan ruang kamar peribadi ini.

 

TIP MENCIPTA KAMAR MANDI GAYA HOTEL MEWAH:

  1. Nuansa putih polos bakal menonjolkan kamar mandi untuk memberi kesan ruangan yang lebih mewah dan elegan.
  2. Hadirkan tab mandi untuk bersendirian buat mencipta suasana lebih privasi dan intim.
  3.  Tambahkan aksesori dengan lilin aroma terapi buat mencipta sensasi di kamar peribadi ini.
  4.  Material tekstil seperti tuala dan alas kaki berwarna putih akan menambahkan kesan kamar mandi mewah.
  5.  Ciptakan kesan ruangan yang lebih luas dengan memanfaatkan cermin berukuran besar untuk bersiap.