#StayHomeWithGD – 101 Tip & Trik Dekorasi – Page 3 – Glam Malaysia

#StayHomeWithGD – 101 Tip & Trik Dekorasi

TEPAT SUSUN ATUR:

1. Susunan perabot tidak boleh menghalang laluan trafik atau menggangu keselesaan dan fungsi ruang tersebut.

2. Untuk kediaman bersaiz terhad, susun perabot secara kumpulan dan bukannya dengan merapatkan sofa atau kerusi ke dinding. Jumlah perabot untuk ruang terhad haruslah sederhana agar masih ada ruang untuk laluan.

TIP MEMILIH AKSESORI:

Aksesori memainkan peranan yang penting untuk menjadi pelengkap dekorasi sesebuah ruang. Berpegang kepada konsep less is more, elakkan penggunaan aksesori yang terlalu banyak.

1. Pilih satu atau dua jenis aksesori yang bersaiz besar dan sederhana seperti pasu di bahagian sudut untuk diserikan dengan tumbuhan indoor seperti dahan heliconia, yucca atau pokok keladi gading.

2. Elakkan peletakan aksesori bersaiz kecil yang berlebihan dan menjadikan ruang sesak, malah boleh mengundang habuk.