#StayHomeWithGD – Resipi Sajian Kuih-Muih Klasik
[tps_header]Memasuki minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang sudah semakin buntu dengan menu makanan yang perlu disaji pada keluarga. Kebanyakan mula mencari resipi mudah di internet bagi menghabiskan masa malah ada juga yang semakin rajin menyediakan sajian minum petang buat seisi keluarga. Kali ini GLAM Deko kongsikan dua sajian kuih klasik yang boleh anda cuba untuk hidangan minum petang. Selamat mencuba![/tps_header]
Apam Gula Hangus
Bahan- Bahan
Dua biji telur
Satu cawan gula
Satu cawan air
Setengah cawan minyak
Dua sudu besar susu pekat
Dua sudu besar marjerin
Satu setengah cawan tepung serbaguna
Cara Menyediakan
- Masak gula pasir diatas api sehingga cair keperangan. Masukkan air dan kacau rata. Kemudian biarkan ia sejuk seketika.
- Sediakan pengukus dan panaskan.
- Pukul telur, susu, minyak bersama marjerin sehingga sekata. Masukkan gula hangus tadi dan teruskan memukul bahan berkenaan.
- Kemudian, masukkan tepung serba guna dan pukul sehingga adunan menjadi sebati.
- Masukkan adunan ke dalam loyang.
- Kukus selama 15 minit atau sehingga apam menjadi gebu.
1 Comment