#StayHomeWithGD – Resipi Sajian Kuih-Muih Klasik
Talam Ubi Kayu
Bahan – bahan
Lapisan Bawah (Ubi Kayu)
4 cawan ubi kayu diparut dan dibuang air
1 ½ cawan air gula Melaka
1 cawan gula pasir
3 cawan santan cair
Lapisan Atas
4 cawan santan pekat
2 sudu kecil garam
1 ½ cawan tepung gandum
Cara menyediakan
Lapisan Bawah (Ubi Kayu)
- Sediakan pengukus dan panaskan. Masukkan kesemua bahan kedalam loyang dan gaul sebati. Kukus selama 30 minit atau sehingga adunan ubi masak.
- Kemudian, keluarkan adunan dan gaul rata. Padatkan adunan ubi dalam loyang.
Lapisan Atas
- Gaul sebati kesemua bahan dan tapiskan adunan ke atas lapisan ubi tadi.
- Kukus selama 30 minit atau sehingga santan masak.
- Biarkan sejuk sebelum dipotong.
1 Comment