Idea Hias Kamar Tetamu Oleh Katharine Pooley – Page 2 – Glam Malaysia

Idea Hias Kamar Tetamu Oleh Katharine Pooley

Elemen Kristal & Metalik

Pastikan meja solek dan meja sisi dihiasi elemen kristal dan metalik. Tidak kira sama ada water carafe, gelas kaca, hiasan pewangi, dan balang gelas. Ini kerana cahaya lampu yang terbias daripada kristal dan metalik akan membuatkan bilik tetamu tampak mewah tidak kira apa jua hiasan dalamannya.

Kerlipan kristal dan metalik serta merta menambah kelainan pada hiasan dalaman dengan meletakkannya pada sebelah lampu. Gambar: Katharine Pooley