#StayHomeWithGD – Buku Rekaan Dalaman Terbaik Untuk Koleksi 2020
[tps_header] Manfaat masa #dudukrumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilanjutkan lagi dengan menambah ilmu dan bahan bacaan dalam meneroka keindahan dunia dekorasi. GLAM Deko kongsikan lima pilihan buku rekaan dalaman terbaik sebagai koleksi anda untuk tahun 2020. [/tps_header]
Tajuk Buku: Homebody: A Guide to Creating Spaces You Never Want To Leave
Penulis: Joanna Gaines
Buat peminat rancangan HGTV, nama Joanna Gaines tidak perlu diperkenalkan lagi. Buku beliau, Homebody: A Guide to creating Spaces You Never Want To Leave menyediakan panduan untuk menciptakan personaliti dan karakter tersendiri ruang kediaman anda. Bagaimana elemen peribadi, cita rasa dan gaya hidup diperincikan buat mencipta kesempurnaan dalam penggayaan ruang. Selain nilai praktikaliti untuk menterjemahkan keaslian gaya dan konsep rekaan.