Trend – Gajet Untuk Kesempurnaan Sudut
Kunci Automatik Smart Lock, Hafele
Keselamatan sememangnya faktor yang menjadi keutamaan dalam kehidupan hari ini. Tidak hanya pada nyawa, pelbagai barangan yang dikumpul hasil titik peluh mempunyai nilainya selain tanda harga turut memiliki nilai sentimental. Seiring kemajuan tekonologi, Hafele membawakan kunci automatik yang direka dalam beberapa variasi berbeza untuk menjaga keselamatan kediaman dan penghuninya. Ia dikendalikan menggunakan aplikasi yang boleh anda muat turun di telefon pintar. Anda tidak perlu khuatir jika anda mengalami gangguan bekalan elektrik kerana ia dicipta dengan beberapa pilihan pengaktifan termasuk kunci fizikal.
0 Comments