Trend – Mimpi Indah Di Kamar Beradu
Tilam yang berada dalam kelas harga paling premium ini dicipta buat yang mempunyai kulit sensitif. Tilam Legacy diperbuat menggunakan fabrik Lyocell Vital, kain mewah dengan permukaan yang licin, bernafas dan lembut serta 100 peratus getah asli dikenali sebagai tahan lama, mesra alam, antimikrob dan hipoalergenik. Amat sesuai untuk yang mempunyai kulit sensitif, manfaat daripada penghasilannya yang teliti dan halus. Manakala teknologi Spring Poket tilam Legacy mampu membuat pelarasan berbeza-beza untuk penyesuaian tilam dengan posisi dan gaya tidur individu, meningkatkan keselesaan dengan mengurangkan titik tekanan sambil memberikan sokongan postur badan yang baik.
0 Comments