Trend – Perabot Multifungsi
Reo Recliner dari koleksi King Living
Kenal Pasti Saiz Recliner Yang Ideal
Bagi memastikan recliner pilihan anda adalah tepat dan ideal dengan saiz badan, pastikan tiada jurang antara tulang belakang atau bahagian bawah ketika anda duduk di atas kerusi. Justeru, ukuran dari tulang belakang hingga ke belakang lutut harus sama dengan panjang kusyen kerusi tempat duduk. Apabila duduk dan tidak dalam keadaan berbaring, kedudukan kaki anda sepatutnya memijak ke lantai dan tidak menjejaskan atau melunjur ke bahagian tumit. Ini akan mewujudkan sokongan lutut dan belakang serta membolehkan peredaran di kaki dan tapak kaki anda. Tempat meletak tangan perlu dalam kedudukan dari siku hingga ke tangan untuk sokongan pada pergelangan tangan. Jadi saiz armrest perlu sama dengan panjang lengan anda dari siku ke tangan – dan lebar kerusi anda harus mempunyai sekurang-kurangnya jurang kecil, yakni kira-kira satu inci – dari tempat meletak tangan ke kedua-dua belah pinggang. Akhir sekali, apabila kerusi dibaringkan, tumit kaki anda perlu selesa hingga ke hujung ruang meletak kaki, dan tidak tergantung atau berhenti di tengah. Jika tidak, rekaan kerusi ini tidak akan memberikan sokongan yang tepat dan ideal untuk punggung dan kaki anda.