Trend – Perabot Multifungsi – Page 4 – Glam Malaysia

Trend – Perabot Multifungsi

Sofa King Cloud III

Cara Mengukur Untuk Ruang

Untuk mengukur saiz recliner buat menempati ruang kediaman, pertimbangkan beberapa dimensi. Ukur lebar kerusi bermula dari kedua-dua bahagian tepi tempat meletak tangan, panjang kerusi dalam keadaan berbaring, bahagian atas hingga ke bawah tempat duduk ketika dalam posisi baring untuk merehatkan kaki. Setelah mengenal pasti ukuran ini, ukur lebar dan panjang ruang yang sesuai untuk menempatkan kerusi ini bagi menentukan sama ada ia sesuai atau tidak. Sebagai contoh, dalam keadaan berbaring dan bersandar penuh, ukuran penuh dari 72 inci panjang dan lebar 36 inci, bermakna anda memerlukan keluasan ruang sekurang-kurangnya 80 inci panjang dan 40 inci lebar untuk menampung saiz kerusi, laluan trafik dan kedudukan perabot yang lain.