Trend – Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel – Page 2 – Glam Malaysia

Trend – Santuari Kamar Mandi Bergaya Hotel

 

Terapikan Elemen HijauĀ 

 

Hijau kini ibarat satu trend, dan sangat tepat dihadirkan di kamar peribadi. Bina rak dinding, atau tempatkan di sekitar permukaan sinki. Untuk merasai suasana estetika alam yang sebenar, hadirkan tumbuhan hijau di sekeliling tab mandi untuk mencipta rasa tenang saat berehat pada penghujung hari yang panjang.

 

Antara spesis tumbuhan yang sesuai menempati kamar peribadi, antaranya aloe vera, orkid, pothos, succulent, buluh, ivy, dan philodendron. Pilih tumbuhan ini mengikut nilai estetika peribadi anda; buluh akan berfungsi hebat dengan kamar mandi berkonsep onsen-style yang tenang.