Audemars Piguet Meraikan Wanita Kontemporari Dengan Royal Oak Edisi Terhad
[tps_footer]
Buat pertama kalinya kemasan ‘diamond dust‘ pada 300 utas jam tangan edisi terhad ini ditampilkan dalam rona kuning keemasan.
Selain rona yang menarik perhatian ini, Bucci juga menekankan tarikan kepada dail unik pada setiap Royal Oak Frosted Gold ini. Dengan permukaan cermin yang jelas ini Bucci berhasrat untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan tidak dijangka.
“Ia merupakan pendekatan baru buat nama ikonik ini dengan imej seorang wanita kontemporari disampingnya. Saya kenali wanita-wanita yang menggemari aksesori sebegini dan pasti akan menyukainya. Cermin ini sentiasa berinteraksi dengan keadaan sekelilingnya, bertukar rupa mengikut pakaian anda, hiasan bilik anda diami, dan juga pencahayaan.”
[/tps_footer]
0 Comments