Tiga Jenama Lokal Reka Busana Buat Longines
INNAIRED
Melihat gaya yang selalu dipersembahkan oleh Innaired, semuanya bersifat kontemporari dan masih kekal feminin. Juga kekuatan Innaired dan Izrin Ismail adalah bijak dalam memberikan pilihan gaya elegan yang tidak lapuk dek zaman. Ia mencerminkan juga kod gaya Longines buat jam tangan Longines DolceVita, yang mana rekaan dikira cukup kontemporari tatkala diperkenalkan pada 1992. Innaired menfasirkan jam tangan monokrom Longines DolceVita ini adalah paduan antara feminin dan maskulin. Lantas pilihan busananya adalah top feminin digayakan dengan seluar serta hiasan pinggang berbentuk kelopak bunga.
0 Comments