4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023 – Page 3 – Glam Malaysia
4 Arloji Pilihan GLAM, Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023 01

4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023

#3 Zenith DEFY Skyline

Tampil mendakap sifat uniseks dalam versi 36mm, DEFY Skyline menggabungkan warna pastel terbaru ke dalam susuk reka bentuk case yang ternyata popular ini. Mengekalkan profil case dari bahan keluli, ia tersedia dalam tiga rona pastel juga dihiasi dengan atau tanpa berlian.

Sementelah itu, Zenith turut mempertontonkan DEFY Skyline dalam saiz 41mm sekali gus menjadikannya Edisi Butik pertamanya, menggabungkan rona gelap dan rincian keemasan pada laman dial.