4 Arloji Pilihan GLAM: Rumusan Dari LVMH Watch Week 2023
#4 Bulgari Serpenti Tubogas Infinity
Serpenti boleh dikatakan himpunan jam tangan Bulgari paling ikonik. Kita sudah diperlihatkan dengan pelbagai edisi daripada versi Tubogas yang lebih bergaya pada akhir 1940-an, dengan dail bulat kepada berbentuk pir yang menterjemahkan kepala ular dengan lebih tepat.
Keluaran terkini menghadirkan Serpenti Tubogas Infinity; yakni dihiasi tetapan permata pada gelang jam tangan memanjang sehingga ke case jam tangan. Lantas, menciptakan ilusi garisan berlian berbentuk ular yang sempurna.
Serpenti Tubogas Infinity menampilkan case emas merah melengkung 35mm dan jam tangan ditetapkan dengan 486 butiran berlian sejumlah (~5.85 karat). Ia boleh didapati dengan tali jam berlingkar tunggal atau berganda lalu menempatkan pergerakan kuarza.
Pautan Berkaitan: Keunggulan Gaya Fusion Hublot