YIU LIN – Glam Malaysia

YIU LIN

Yiu Lin usahawan fesyen mengalas posisi sebagai pengasas juga pereka untuk label Shoes Shoes Shoes dan KLutched. Walau jadual hariannya padat tetap dapat membahagikan masa bersama anak-anaknya  yang comel Zara Aaliya dan Ava Aaliya serta pria pujaan merangkap suaminya Azlan Iskandar yang merupakan bekas Jaguh Squash Negara . Di dalam kekalutan, sempat mencuri masa berkualiti bersama Girls Squad-nya bercuti ke luar Negara jika meniti di laman instagram miliknya @yiulin. Beliau juga  tampak sofistikated sekali setiap kali  hadir ke acara-acara fesyen semestinya lengkap bergaya from top to  toe.