10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia – Page 4 – Glam Malaysia

10 Wanita Mengangkat Martabat Wanita Serata Dunia

[tps_title]Christine Blasey Ford[/tps_title]

Beberapa bulan nama Christine Blasey Ford hangat di laman internet dek kerana kaitannya dengan Brett Kavanaugh, seorang penama kemudian untuk Mahkamah Agung. Selepas proses tersebut berlanjutan, dia bersetuju untuk memberi keterangan tentang dakwaannya yang Kavanaugh pernah membuat serangan seksual terhadapnya di sebuah parti ketika di sekolah menengah. Ford menerima pujian di serata dunia yang menyokongnya kerana tampil menceritakan insiden tersebut. Dilaporkan seramai 1,600 orang lelaki yang menyokongnya menerusi iklan di dalam sebuah akhbar, sebilangan guru digantung dari kelas kerana ingin mendengar perbicaraannya, dan boleh dikatakan seluruh dunia terhenti seketika hanya untuk mengikuti perkembangan semasa akan kes yang dia bawakan itu.